Slide 1 Slide 2 Slide 4 Slide 5 Slide 5 Slide 5 Slide 5

PAKAIAN DISELARASKAN SEMASA MENGHADIRI KURSUS ATAU UJIAN DI PUSAT KAMI

Bagi Calon Lelaki

  • Baju hendaklah berkolar dan berlengan
  • Seluar panjang
  • Kasut (Sandal tidak dibenarkan)
  • Pakaian Mestilah Kemas (Baju dimasukkan kedalam seluar)
  • Dilarang memakai topi

Bagi Calon Perempuan

  • Berpakaian kemas (Tidak menjolok mata baju hendaklah)
  • Berlengan dan tidak terlalu singkat
  • Kasut yang sesuai (Sandal tidak dibernarkan)
  • Kain Mestilah menutupi paras lutut atau seluar mesti panjang hingga tapak kaki

Arahan perlu dipatuhi kepada semua calon yang berkenaan.
Harap maklum!

CARTA ALIRAN BAGI MEMPEROLEHI LESEN MEMANDU DI PUSAT LATIHAN MEMANDU BERJAYA BERHAD 中文翻译

LANGKAH 1. PENDAFTARAN

  • Pendaftaran boleh dibuat di ibu pejabat PLMBB atau di mana-mana cawangan PLMBB yang berdekatan.

LANGKAH 2. KURSUS KURIKULUM PENDIDIKAN PEMANDU (KPP)

  • Tempoh : 5 jam
  • Masa : 9.00 pagi hingga 4.30 petang (termasuk waktu rehat)
  • Syarat umur : 16 tahun ke atas
  • Pakaian : Kemas dan sopan yang diluluskan oleh JPJ.
    : Tidak dibenarkan memakai skirt paras lutut atau seluar pendek.
  • Dokumen yang diperlukan :
    1. Kad rekod belajar
    2. Resit bayaran
    3. Salinan kad pengenalan atau salinan passport bagi calon bukan warganegara Malaysia.

LANGKAH 3. TEMPAHAN UJIAN TEORI UNDANG-UNDANG BERKOMPUTER

  • Tempahan boleh dibuat melalui ibu pejabat PLMBB atau mana-mana cawangan PLMBB.
  • Dokumen yang diperlukan :
    1. Sijil JPJL2A (dikeluarkan selepas tamat Kursus KPP)
    2. Slip Ujian Buta Warna
    3. Slip Buku KPP

LANGKAH 4. UJIAN TEORI UNDANG-UNDANG BERKOMPUTER

  • Ujian Teori Undang-Undang Berkomputer dijalankan di Pejabat Rilek Taman Perling dan Pejabat Rilek Saleng.
  • Calon yang ingin menjalani Ujian Bertulis di ibu pejabat JPJ negeri, perlu mematuhi syarat-syarat berikut :
    1. Gagal Ujian Teori Undang-Undang Berkomputer sebanyak 3 kali.
  • Calon yang telah lulus ujian boleh mengikuti langkah yang seterusnya.

LANGKAH 5. PRE-L (TEORI)

  • Mengikuti Kursus Teori Pre-L selama 3 jam.  
  • Syarat umur :
    1. Kelas D – 17 tahun
    2. Kelas B & B2 – 16 tahun
    3. Kelas E – 21 tahun
  • Calon hendaklah memakai pakaian yang kemas dan sopan.

LANGKAH 6. PRE-L (AMALI)

  • Mengikuti Latihan Amali Pre-L selama 3 jam.
  • Setelah tamat menjalani Latihan Amali Pre-L, Sijil JPJL2B akan dikeluarkan untuk urusan memproses Lesen Belajar Memandu (LDL).

LANGKAH 7. MEMPROSES LESEN BELAJAR MEMANDU (LDL)

  • Pihak PLMBB akan menyediakan dokumen yang diperlukan untuk memproses Lesen Belajar Memandu (LDL) dan dihantar ke JPJ.  
  • Lesen Belajar Memandu (LDL) akan siap diproses di JPJ selepas 3 hari.

LANGKAH 8. MENDAPATAN L LESEN

LANGKAH 9. TEMPAHAN MASA UNTUK BELAJAR MEMANDU

  • Calon hanya boleh membuat tempahan masa belajar memandu selepas memperolehi Lesen Belajar Memandu (LDL).
  • Sila rujuk ibu pejabat PLMB atau cawangan PLMB (tempat di mana calon mendaftarkan diri) untuk membuat tempahan.
  • Tempoh maksimum Belajar Memandu bagi setiap calon dalam 1 hari adalah selama 4 jam. ( mesti berehat 1 jam untuk setiap 2 jam belajar)

LANGKAH 10. BELAJAR MEMANDU

  • Kelas D & E – 9 Jam (syarat minimum)
  • Kelas B & B2 – 9 1/2 Jam (syarat minimum)
  • Syarat yang perlu dipatuhi semasa Belajar Memandu :
    1. Membawa Lesen Belajar Memandu (LDL ).
    2. Pakaian yang kemas dan sopan
    3. Memakai kasut (tidak dibenarkan memakai selipar)

LANGKAH 11. TEMPAHAN UJIAN PENILAIAN PRA-UJIAN (PRE-TEST)

  • Calon hanya dibenarkan membuat tempahan Ujian Penilaian Pra-Ujian selepas memenuhi syarat minimum Belajar Memandu yang ditetapkan seperti di atas.
  • Syarat : Mengemukakan Borang SM4 yang telah diisi dengan lengkap.

LANGKAH 12. UJIAN PENILAIAN PRA-UJIAN (PRE-TEST)

  • Menjalani Ujian Penilaian Pra-Ujian (Pre-Test) mengikut masa tempahan yang telah dibuat.
  • Sekiranya calon gagal Ujian penilaian Pra-Ujian (Pre-Test), anda perlu mengulangi ujian tersebut.
  • Prosedur untuk tempahan ulangan ujian adalah sama seperti di atas. Calon yang telah lulus ujian boleh membuat tempahan untuk Ujian Praktikal JPJ.

LANGKAH 13. TEMPAHAN UJIAN PRAKTIKAL JPJ

  • Syarat : Lulus Ujian Penilaian Pra-Ujian (Pre-Test)
  • Dokumen yang diperlukan :
    1. Salinan kad pengenalan
    2. Salinan Lesen Belajar Memandu (LDL) yang masih sah.
    3. Lesen P atau CDL (jika ada).
    4. Salinan Approve Site

LANGKAH 14. UJIAN PRAKTIKAL JPJ

  • Dokumen yang diperlukan :
    1. Kad pengenalan
    2. Lesen Belajar Memandu (LDL )
    3. Lesen CDL (jika ada)
    4. Kad rekod belajar
  • Calon mesti memakai pakaian yang kemas dan sopan yang diluluskan oleh JPJ
  • Calon yang gagal Ujian Amali JPJ perlu membuat tempahan untuk ujian ulangan.
  • Calon yang lulus Ujian Amali JPJ boleh memproses lesen memandu.

LANGKAH 15. MEMPROSES LESEN MEMANDU

  • Dokumen yang diperlukan :
    1. salinan kad pengenalan
    2. Lesen Belajar Memandu (LDL)
    3. Borang JPJL3 yang lengkap.
    4. Borang JPJL1 yang lengkap.
  • Sila rujuk ibu pejabat PLMBB atau cawangan PLMBB dimana anda mendaftar untuk memproses lesen memandu.
  • Pihak PLMBB akan menghantar dokumen untuk memproses lesen ke JPJ dan dijangka siap dalam masa 3 hingga 7 hari.

LANGKAH 16. MENDAPATAN P LESEN